Showing posts with label Sudut Automotif. Show all posts
Showing posts with label Sudut Automotif. Show all posts
30 October 2016
Ubahsuaian Kenderaan Persendirian
05 October 2016
Kenderaan Perdagangan Wajib Pasang Pemantul Cahaya- JPJ
PUTRAJAYA – Berkuatkuasa 1 Januari 2017, semua kenderaan perdagangan diwajibkan memasang pelekat pemantul cahaya yang mematuhi piawaian Malaysia Standard MS828:2011 diiktiraf oleh SIRIM Berhad.
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Nadzri Siron berkata, pelaksanaan itu akan di pantau oleh pihak berkuasa PUSPAKOM melalui pemeriksaan permit setiap enam bulan bagi kenderaan perdagangan.
“Jika mereka gagal mematuhi arahan akan diberi amaran agar memasang pelekat tersebut dalam tempoh 10 hari atau menerima denda RM300 maksimum.
“Langkah yang dibuat berikutan peningkatan kemalangan pada waktu malam membabitkan kenderaan perdagangan yang berhenti dibahu jalan akibat kerosakan dan lain-lain,” jelasnya pada sidang media.
Daripada lebih 18 juta kenderaan yang berdaftar dengan JPJ, sebanyak 1.2 juta adalah kenderaan perdagangan.
Terdahulu, beliau menghadiri taklimat berhubung pemasangan pemantul cahaya pada kenderaan perdagangan yang dihadiri oleh syarikat, pengusaha dan pemilik kenderaan bersama-sama JPJ, SIRIM Berhad dan Puspakom.
Nadzri berkata ketika ini, hanya dua syarikat yang menjual produk pemantul cahaya diiktiraf SIRIM QAS International iaitu 3M Malaysia Sdn Bhd dan Orafol Reflective Solutions (Malaysia) Sdn Bhd, dengan setiap produk dijual pada harga antara RM60 dan RM80 di Puspakom serta beberapa syarikat yang dilantik pembekal.
Menurutnya setiap kenderaan perlu memasang tiga pemantul cahaya iaitu dibelakang serta di kiri dan kanan kenderaan dengan jarak penglihatan dianggarkan sejauh 400 meter dari kenderaan di belakang.
Beliau turut mengingatkan pengusaha dan pemilik kenderaan perdagangan mengenai kewujudan pelekat pemantul cahaya tiruan yang menggunakan logo JPJ di pasaran tempatan.
“JPJ kini bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bagi membanteras penjualan produk tiruan itu,” katanya.