The Blues: jpj

Berita Benar, Tepat dan Eklusif

Showing posts with label jpj. Show all posts
Showing posts with label jpj. Show all posts

05 April 2019

Jualan Murah sabun pencuci dari Kilang

April 05, 2019 0
Jualan Murah sabun pencuci dari Kilang

Keluaran KILANG SABUN TERENGGANU "SRI KOTA RESOURCES"
KILANG SABUN TERENGGANU "SRI KOTA RESOURCES" 

Mengeluarkan dan menjual Pelbagai Jenis Sabun Dan Chemical dengan harga murah terus dari kilang. 

25 March 2019

Saman JPJ

March 25, 2019 0
Saman JPJ

21 March 2019

49 Saman Ubahsuai Lampu HID

March 21, 2019 0
49 Saman Ubahsuai Lampu HID

03 March 2019

JPJ Ronda Lebuhraya LPT2 Terengganu

March 03, 2019 0
JPJ Ronda Lebuhraya LPT2 Terengganu



Kuala Terengganu - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu menggerakkan pasukan bagi mengumpul memantau aliran trafik di sepanjang 184KM Lebuh Raya LPT2.

Operasi ini telah digerakkan sejak minggu lalu melibatkan pasukan dari Unit Peronda Lebuhraya JPJ Wilayah Kuala Lumpur, serta Pasukan Peronda JPJ Pahang.

Beberapa pasukan dari JPJ Terengganu telah ditugaskan melakukan Rondaan bermula Jam 1200 malam hingga Jam 0900 pagi selama seminggu.


Fokus utama operasi untuk mempertingkatkan Perception Of Being Caught (POBC), iaitu memberi kesedaran kepada pemandu dengan kehadiran JPJ.

Sepanjang pemantauan, terdapat beberapa Pemandu Kenderaan berat melakukan kesalahan dengan Meletak Kenderaan Berat dipandu mereka di Laluan kecemasan.

Antara fokus lain dari operasi ini adalah untuk mengumpul data bagi kegunaan Operasi Lebih Muatan secara besar besaran seperti telah dirancang oleh Ibu Pejabat JPJ, yang akan dibuat masa akan datang.

Hentian Rehat dan Rawat serta Hentian Sebelah yang terdapat di LPT2 seperti dibawah

-Dua R&R  PAKA
-Dua R&R AJIL

-Dua Hentian Sebelah di Kijal (KM297)
-Dua Hentian Sebelah di Bukit Besi (KM370), serta turut memeriksa

-SEPULUH PLAZA TOL bermula dari

**GEMURUH, TELEMUNG, AJIL, BUKIT BESI, DUNGUN, PAKA, KERTEH, KIJAL, CUKAI, Dan CHENEH**


JPJ menggandakan penguatkuasaan itu dalam usaha menurunkan 60% statistik kematian terutama pengguna motosikal akibat langgar belakang lori yang rosak atau parking di lorong kecemasan.

"Pada masa sama, JPJ juga telah menyasarkan kemalangan dan kematian sifar di semua lebuh raya". Bosskull

Operasi Lebih Muatan JPJ Terengganu

March 03, 2019 0
Operasi Lebih Muatan JPJ Terengganu



KUALA TERENGGANU : Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) NEGERI TERENGGANU mengeluarkan 10 saman atas pelbagai kesalahan dalam operasi Lebih Muatan khas  sekitar Bandar Kuala Terengganu semalam.

Operasi selama lima jam bermula jam 8 pagi semalam itu yang turut menyaksikan beberapa kenderaan berat telah diambil tindakan.




Antara tindakan diambil termasuklah mengeluarkan notis untuk penentuan berat dibawah seksyen 82(1) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010. Lokasi diarahkan untuk penimbangan ialah di JPJ Negeri Terengganu.




“Operasi hari ini (semalam) disifatkan sebagai berjaya kerana hanya Dua kes lebih muatan berbanding sejumlah 50 lori di periksa". Operasi seperti ini diadakan sebanyak Lima hari setiap bulan, bertujuan menangani isu Lebih muatan bagi seluruh Negeri Terengganu. – Bosskull 

31 December 2018

Rangkuman Aktiviti dan Penguatkuasaan JPJ 2018

December 31, 2018 0
Rangkuman Aktiviti dan Penguatkuasaan JPJ 2018

31 May 2018

SEBAHAGIAN TENGKORAK DIBUANG JPJ

May 31, 2018 0
SEBAHAGIAN TENGKORAK DIBUANG JPJ
                           


SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK
MEWAKILI SELURUH WARGA JPJ, KAMI MOHON SEDIKIT SUMBANGAN BAGI MERINGAN DERITA SAHABAT KAMI. EKORAN KEMALANGAN TELAH BERLAKU MAKA  SEBAHAGIAN TENGKORAK BELIAU GAGAL DISELAMATKAN

MAKLUMAT (BEKAS) PEGAWAI JPJ
MOHD SYAMAIZAR
CAW. KUALA KUBU BHARU, SELANGOR

MAKLUMAT AKAUN BANK
ROZITA BINTI FAIMAN (ISTERI)
MAYBANK
NO AKAUN:  1011 5108 7370


SEPANJANG SEBULAN KITA MENGEJAR FADHILAT RAMADHAN MAKA RINGAN-RINGANKANLAH KITA MEMBANTU INSAN YANG  PERLUKAN PERTOLONGAN.

YAKINLAH BAHAWA SUMBANGAN YANG  DIBUAT AKAN DIGANDAKAN 10X LEBIH BAIK OLEH  ALLAH SWT.SEANDAINYA TIDAK MAMPU SEGI KEWANGAN, MAKA KAMI DENGAN RENDAH DIRI MEMINTA AGAR SAUDARA DAPAT MELUANGKAN SEDIKIT MASA UNTUK BERDOA KEPADA TUHAN SEMESTA ALAM.

AGAR SAHABAT KAMI DIKURANGKAN PENDERITAAN OLEH ALLAH,KERANA SEMESTINYA NIAT DAN TUJUAN ASAL KITA SEMUA ADALAH;

“HIDUPKU DAN MATIKU HANYA KERANA ALLAH SWT”





23 November 2016

Jenazah Aggota JPJ Selamat Dikebumikan

November 23, 2016 0
Jenazah Aggota JPJ Selamat Dikebumikan


Jenazah Mohd. Ridzuan selamat dikebumikan selepas solat Isyak




















MELAKA - Anggota penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Mohd. Ridzuan Md. Yusop yang maut dilanggar sebuah treler di Setia Alam, Selangor selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Solok Setulang, Bukit Rambai di sini sebentar tadi.

Lebih 200 orang yang terdiri daripada ahli keluarga, rakan-rakan dan majikan Mohd. Ridzuan hadir pada upacara pengebumian itu yang dilakukan sejurus selepas solat Isyak.
Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah JPJ (Pengurusan), Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman; Pengarah JPJ Selangor, Nazli Md. Taib dan Pengarah Akademi JPJ, Kipli Mahasan.

Terdahulu, jenazah Mohd. Ridzuan tiba dari Hospital Shah Alam di rumah ibunya di Rumah Awam 2, Bukit Rambai pada pukul 7.20 malam sebelum disembahyangkan di Masjid Al-Falah Bukit Rambai.











Dalam kejadian pukul 1 petang itu, Mohd. Rodzuan, 34, meninggal dunia di lokasi akibat parah di kepala selepas digilis kenderaan berat berkenaan yang berhenti di lorong motosikal untuk membuat panggilan telefon. - FJPro

17 November 2016

Warta Kes Orang Dikehendaki~~polis buru pukul jpj

November 17, 2016 0
Warta Kes Orang Dikehendaki~~polis buru pukul jpj



Ipoh 17 Nov 2016, Merujuk Kepada Keratan Akhbar Siaran 14 Disember 2012 Utusan Online Dan  Kemaskini Laman Facebook Rasmi JPJ , Satu Kes Jenayah Hampir 4 tahun lepas telah Dibuka dan diselesaikan dalam masa terdekat. Berikut petikan semula Laporan akhbar.

Polis buru suspek pukul anggota JPJ
Polis sedang mengesan seorang pemandu lori bagi membantu siasatan kes anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang cedera akibat dipukul dalam satu sekatan jalan raya di Kilometer 2, Jalan Sungkai-Slim River, 4 Disember lalu.
Ketua Polis Daerah Tapah, Supritendan D. Som Sak berkata, dalam kejadian pukul 9.50 pagi itu, pemandu lori tersebut, Mohamad Idris Din (gambar), 44, dikatakan enggan memberi kerjasama selepas dia ditahan atas kesalahan tayar botak.
Sebaliknya, lelaki itu bertindak agresif dengan memukul anggota JPJ terbabit menggunakan cop JPJ selain mengugut mereka dan merampas saman yang dikeluarkan sebelum melarikan diri.
Berikutan itu katanya, polis sedang mengesan Mohamad Idris untuk siasatan lanjut.
"Mohamad Idris dikesan beralamat terakhir di Ladang BMR Bahagian Kilang Baru, Kulim, Kedah dan dia dicari mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam,"
Diharapkan kes seumpama ini akan menjadi pengajaran kepada Pemandu Kenderaan Perdagangan Lain, Khususnya Pemandu Lori Yang Degil.

*Merujuk kepada Seksyen 56(4)(b)Akta Pengangkutan Jalan 1987, Suatu lesen Vokasional yang telah dikeluarkan Boleh Digantung/Dibatalkan. Langkah ini dikira bertepatan Untuk Pemandu seperti ini.

Tolong Viralkan

12 November 2016

Lahirkan pemandu mahir, berhemah

November 12, 2016 0
Lahirkan pemandu mahir, berhemah
Silibus Kurikulum Pendidikan Pemandu Baharu JPJ (KPP Baharu)

LANGKAH kerajaan untuk meminda kurikulum dan ujian pemanduan di Malaysia amatlah dialu-alukan. Persoalannya, adakah pembaharuan modul yang dilakukan akan turut disinambungkan dengan kaedah ujian?
Saya ingin berkongsi pengalaman sewaktu mengambil ujian memandu di United Kingdom beberapa tahun lepas. Kurikulum di sana, sama ada dalam aspek teori dan praktikal, adalah lebih mudah jika dibandingkan di Malaysia.
Bagaimanapun, kaedah peperiksaan yang intensif serta inspektor ujian yang berintegriti dan tegas menyebabkan kadar yang lulus hanyalah di sekitar 40 peratus sahaja. Kadar pelajar yang lulus ujian pada kali pertama adalah lebih rendah daripada peratusan tersebut.
Terdapat pelajar yang pernah gagal ujian memandu hanya kerana satu kesalahan sahaja iaitu melanggar lopak yang menyebabkan air terpercik kepada pejalan kaki. Ada juga pelajar yang gagal semasa ujian tiga penjuru di jalan raya hanya kerana tidak mengendahkan anjing atau posmen yang berjalan di lorong pejalan kaki walaupun jaraknya boleh dikira selamat.

01 October 2016

Hukuman SalahGuna Lorong Kecemasan

October 01, 2016 0
Hukuman SalahGuna Lorong Kecemasan

Kenderaan Yang Dirakam guna Lorong Kecemasan

Bahu jalan merupakan kawasan rizab jalan di tepi sesebuah jalan raya atau lebuh raya. Secara amnya ia dikosongkan daripada sebarang jenis kenderaan; namun demikian, sekiranya berlaku kecemasan ataupun kerosakan kenderaan, pemandu boleh beralih ke bahu jalan untuk keluar daripada aliran trafik dengan selamat.

26 September 2016

Lebih Muatan Lebuh Raya (JPJ Perak)

September 26, 2016 0
Lebih Muatan Lebuh Raya (JPJ Perak)



1-6
IPOH 26 Sept. - Sebanyak 25 buah lori yang membawa pasir, batu dan Isipadu dalam Lori Tangki melebihi had muatan ditahan di Sepanjang Laluan Lebuh Raya hala ke selatan, bermula hari ini.
Operasi bermula pukul 7 pagi tadi disertai oleh 20 orang dari Unit Operasi Khas JPJ Negeri Perak di susur Plaza Tol Ipoh Utara dan Selatan.
Ketua operasi, Nik Ariza Bin Jannah berkata, mana-mana lori yang ditahan akan  dibawa ke Stesen Timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Ipoh untuk pemeriksaan Berat dan lanjutan.
"Kita dapat laporan daripada orang ramai tentang kegiatan lori membawa muatan melebihi had di sepanjang laluan lebuhraya, dan sasaran kami adalah kenderaan berat yang menggunakan lebuh raya PLUS utara-selatan dapat mematuhi peraturan ini.
Kata beliau lagi, Sehingga jam 3 petang, kelihatan semua lori yang melalui lebuh raya hala ke selatan menyedari operasi hari ini, dan kesemuanya kelihatan telah mengikuti Had muatan yang dibenarkan pada kenderaan masing-masing.







"Kesemua lori yang telah dibuat penimbangan, sekiranya membawa muatan melebihi had yang dibenarkan akan disiasat mengikut Seksyen 57 (1)(b)(vi) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010, yang jika sabit kesalahan memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda maksimum RM500,000 atau kedua-duanya sekali," ujarnya.

Tambahnya, dalam operasi tersebut, lebih 45 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan. Selain itu, katanya, sebanyak 30 lori diarah diperiksa semula manakala sebanyak 5 lori disita dari beroperasi. Beliau enggan mengulas apabila ditanya, Bila operasi ini akan berakhir?. ~~BentaraSetia~~


Lebih Muatan Lebuh Raya Plus

September 26, 2016 0
Lebih Muatan Lebuh Raya Plus



IPOH 26 Sept. - Sebanyak 25 buah lori yang membawa pasir, batu dan Isipadu dalam Lori Tangki melebihi had muatan ditahan di Sepanjang Laluan Lebuh Raya hala ke selatan, bermula hari ini.
1-6
Operasi bermula pukul 7 pagi tadi disertai oleh 20 orang dari Unit Operasi Khas JPJ Negeri Perak di susur Plaza Tol Ipoh Utara dan Selatan.
Ketua operasi, Nik Ariza Bin Jannah berkata, mana-mana lori yang ditahan akan  dibawa ke Stesen Timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Ipoh untuk pemeriksaan Berat dan lanjutan.
"Kita dapat laporan daripada orang ramai tentang kegiatan lori membawa muatan melebihi had di sepanjang laluan lebuhraya, dan sasaran kami adalah kenderaan berat yang menggunakan lebuh raya PLUS utara-selatan dapat mematuhi peraturan ini.
Kata beliau lagi, Sehingga jam 3 petang, kelihatan semua lori yang melalui lebuh raya hala ke selatan menyedari operasi hari ini, dan kesemuanya kelihatan telah mengikuti Had muatan yang dibenarkan pada kenderaan masing-masing.







"Kesemua lori yang telah dibuat penimbangan, sekiranya membawa muatan melebihi had yang dibenarkan akan disiasat mengikut Seksyen 57 (1)(b)(vi) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010, yang jika sabit kesalahan memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda maksimum RM500,000 atau kedua-duanya sekali," ujarnya.

Tambahnya, dalam operasi tersebut, lebih 45 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan. Selain itu, katanya, sebanyak 30 lori diarah diperiksa semula manakala sebanyak 5 lori disita dari beroperasi. Beliau enggan mengulas apabila ditanya, Bila operasi ini akan berakhir?. ~~BentaraSetia~~


24 September 2016

Memandu Lorong Kanan

September 24, 2016 0
Memandu Lorong Kanan



Ipoh: Kedegilan memandu bas ekspres di lorong kanan lebuh raya akhirnya menyebabkan 8 pemandu dikenakan tindakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di sini petang tadi.

Mereka adalah antara pemandu yang dikenakan tindakan oleh JPJ dalam Ops Bas Ekspres yang diadakan di Hentian R&R Simpang Pulai.

“Dalam Kaedah 4A, Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 pemandu kenderaan barang atau kenderaan perkhidmatan awam tidak boleh secara berterusan menggunakan lorong paling kanan di mana-mana lebuh raya kecuali untuk memotong.

“Mereka yang melanggar peraturan ini boleh dikompaun sebanyak RM300,”.

Dalam operasi itu, sebanyak 24 bas diperiksa dan 8 daripadanya dikenakan tindakan kerana melakukan pelbagai kesalahan.

Tindakan tegas perlu diambil kerana pemandu bas yang masih berdegil dan melanggar peraturan JPJ, boleh membahayakan nyawa penumpang.

15 September 2015

TIP PEMANDUAN - HYDROPLANING

September 15, 2015 0
TIP PEMANDUAN - HYDROPLANING


Advance Driving



HYDROPLANING

Hydroplaning berlaku apabila air yang terkumpul pantas di hadapan tayar kenderaan anda mampu menolak keberatan kenderaan anda terkeluar dari landasan/laluan asal di atas jalan. Tekanan air yang terbentuk menyebabkan kenderaan anda terapung dan tergelincir di atas lapisan air yang nipis diantara permukaan tayar kenderaan dan permukaan jalan.

MENCEGAH TERGELINCIR/TERBABAS (SKID)


Anda boleh mencegah terbabas/tergelincir dengan cara pemanduan perlahan/sederhana dan berhati-hati ketika cuaca hujan, terutamanya semasa melalui selekoh. kawal steering dan brek anda dengan sentuhan lembut (light touch). Apabila anda perlu memberhenti/memperlahankan kenderaan, jangan membrek secara mengejut/keras, kekalkan kawalan tekanan ringan/sederhana pada  pedal brek anda.

Jika anda terasa kenderaan mula tergelincir (skid), jangan panik, lepaskan kaki anda dari padel minyak, kawal steering anda dan bersedia untuk memusing dan memusing balas steering anda sehingga kenderaan anda bergerak tegak. Bagi kenderaan yang tidak dilengkapi ABS, elakkan menggunakan brek, manakala bagi kenderaan yang mempunyai ABS, kawal brek mengikut keperluan.


Menghadapi HydroPlaning


Anda boleh mencegah hydroplaning dengan memastikan tekanan angin pada tayar dipatuhi seperti yang ditetapkan, keadaan bunga tayar yang baik dan jangan mengunakan tayar lama. Perlahankan kenderaan bila jalan basah dan elakkan melanggar lopak/air bertakung. dan cuba memandu dikedudukan sebelah kiri laluan tayar kenderaan di hadapan anda.

Jika anda terpaksa menghadapi hydroplaning, jangan membrek atau memusingkan steering kenderaan anda secara tiba-tiba/mengejut, ia boleh menyebabkan anda terbabas/tergelincir. Lepaskan kaki anda dari padel minyak sehingga kenderaan perlahan sendiri dan anda akan merasai semula sentuhan tayar dengan permukaan jalan. Sekiranya anda terpaksa membrek, tekan/lepas brek anda berulang-ulang secara perlahan/lembut. sekiranya kenderaan anda dilengkapi ABS, anda boleh membrek secara normal.