Hukuman SalahGuna Lorong Kecemasan - The Blues

Berita Benar, Tepat dan Eklusif

01 October 2016

Hukuman SalahGuna Lorong Kecemasan


Kenderaan Yang Dirakam guna Lorong Kecemasan

Bahu jalan merupakan kawasan rizab jalan di tepi sesebuah jalan raya atau lebuh raya. Secara amnya ia dikosongkan daripada sebarang jenis kenderaan; namun demikian, sekiranya berlaku kecemasan ataupun kerosakan kenderaan, pemandu boleh beralih ke bahu jalan untuk keluar daripada aliran trafik dengan selamat.


"Bahu jalan atau lorong kecemasan biasanya lebih sempit  berbanding lorong trafik biasa. Misalnya di Lebuhraya Utara-Selatan, lebar lorong utama adalah antara 3.5 hingga 3.75 meter, tetapi lebar lorong kecemasan hanyalah 3 meter". 

Bahu jalan juga berguna sebagai langkah mengelak kemalangan jalan raya dengan menyediakan ruang untuk pemandu beralih ke tepi sekiranya kenderaan dari arah hadapan gagal beralih ke lorong sepatutnya akibat hilang kawalan. Kenderaan kecemasan seperti  ambulans , Polis ,Bomba , dan JPJ dibenarkan untuk menggunakan bahu jalan bagi mengelak kesesakan di laluan utama. Oleh yang demikian, bahu jalan juga turut dikenali sebagai lorong kecemasan.



Rakaman Pemeriksaan JPJ Perak, Petang Tadi di
Lebuhraya Utara-Selatan (s)




















































Bagi jalan raya yang mempunyai tahap geometri yang rendah, biasanya tidak terdapat bahu jalan; jika ada pun, ia terdiri daripada batu kelikir yang tidak berturap. Oleh sebab itu, ada kalanya bahu jalan di jalan raya sedemikian boleh jadi lembut serta kurang sesuai di saat-saat kecemasan iaitu semasa mengelak kenderaan dari arah hadapan yang hilang kawalan. Atas sebab-sebab keselamatan, lorong kecemasan bukan berturap sahaja dibina di sepanjang lebuh raya malah turut dibina di beberapa jalan raya utama.


Bagi jalan raya dengan tahap geometri yang tinggi, lorong kecemasan diturap sebagaimana lorong utama. Untuk menjimatkan kos, ada kalanya lorong kecemasan tidak diturap mengikut ketebalan yang sama seperti lorong-lorong utama, memandangkan lorong kecemasan hanya digunakan semasa kecemasan sahaja. Lorong kecemasan juga cenderung mengumpul sisa-sisa serta puing-puing jalan yang mungkin membahayakan pemandu yang memandu menggunakan lorong kecemasan.

Lorong kecemasan lazimnya dibina lebih sempit sedikit daripada lorong utama; malah, ada kalanya lorong kecemasan boleh jadi begitu sempit sehinggakan tiada ruang untuk memotong dari tepi jalan.

Pemandu yang melakukan kesalahan menggunakan lorong kecemasan tidak akan dikenakan kompaun sebaliknya terus dihadapkan ke mahkamah, kata Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Nadzri Siron. Kesalahan dirujuk kepada Kaedah 9 dan 53 Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 yang memperuntukkan denda sehingga RM2,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama dan denda RM4,000 atau penjara 12 bulan atau kedua-duanya sekali, bagi kesalahan kedua.

  "Kita memandang serius dan tidak akan berkompromi dengan pemandu yang melakukan kesalahan ini," katanya. Beliau diminta mengulas cadangan enam jenis kesalahan jalan raya untuk terus dihadapkan ke mahkamah.

  Sementara itu, beliau berkata lima kesalahan jalan raya lain pula masih dalam peringkat kajian iaitu melanggar lampu isyarat, memotong di garisan berkembar, memotong barisan, menggunakan telefon bimbit serta memotong dan tidak membenarkan memotong.

  "Kita sedang mengkaji... kita akan berbincang dengan pihak mahkamah dan juga Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros)," katanya. Pengarah Bahagian Penguatkuasa JPJ Datuk V Valluvan Veloo berkata pihaknya bercadang untuk terus mendakwa pemandu yang melakukan enam kesalahan jalan raya sepanjang pelaksanaan Ops Hari Raya Aidilfitri 2016 lalu ke mahkamah.

No comments:

Post a Comment