Memandu Lorong Kanan - The Blues

Berita Benar, Tepat dan Eklusif

24 September 2016

Memandu Lorong Kanan




Ipoh: Kedegilan memandu bas ekspres di lorong kanan lebuh raya akhirnya menyebabkan 8 pemandu dikenakan tindakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di sini petang tadi.

Mereka adalah antara pemandu yang dikenakan tindakan oleh JPJ dalam Ops Bas Ekspres yang diadakan di Hentian R&R Simpang Pulai.

“Dalam Kaedah 4A, Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 pemandu kenderaan barang atau kenderaan perkhidmatan awam tidak boleh secara berterusan menggunakan lorong paling kanan di mana-mana lebuh raya kecuali untuk memotong.

“Mereka yang melanggar peraturan ini boleh dikompaun sebanyak RM300,”.

Dalam operasi itu, sebanyak 24 bas diperiksa dan 8 daripadanya dikenakan tindakan kerana melakukan pelbagai kesalahan.

Tindakan tegas perlu diambil kerana pemandu bas yang masih berdegil dan melanggar peraturan JPJ, boleh membahayakan nyawa penumpang.

No comments:

Post a Comment