Mata Kejara JPJ - The Blues

Berita Benar, Tepat dan Eklusif

16 March 2019

Mata Kejara JPJ





Kuala Terengganu : Sebanyak 49 saman atas pelbagai kesalahan dikeluarkan terhadap pemandu kenderaan dalam operasi Harian di Bandar Kuala Terengganu, di Jalan Masjid Abidin, di sini pagi tadi.

Dalam operasi bermula jam 10 pagi, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengeluarkan 49 Saman atas Pelbagai Kesalahan. Sebanyak 158 buah kenderaan pelbagai jenis  telah diperiksa termasuk juga telah memeriksa pemandu kedua yang disyaratkan kepada Bas Ekspress.




"Antara lain, JPJ turut melakukan pemeriksaan kelengkapan yang perlu dibawa dalam Bas Ekspress meliputi pemadam api yang masih berkuatkuasa, Buku Log yang dikemaskini dan turut memeriksa jumlah MATA KEJARA bagi 10 Pemandu Bas Ekspress .


"JPJ turut mengesan kesalahan Lesen Menandu Tamat tempoh melebihi 3 tahun dalam Operasi sama".

Boleh Klik Sini Rayuan Lesen JPJ secara online melalui Laman Rasmi JPJ bagi kes Lesen luput melebihi 3 tahun.

"Keputusan permohonan boleh disemak atau dicetak secara Online selepas 14 hari menerusi Laman sama. Permohonan yang berjaya akan dikecualikan Ujian Bahagian I (undang-undang) dan PERLU Menduduki ujian Praktikal bahagian II dan III. Tamat


No comments:

Post a Comment