Tembakan rambang Christchurch: Jemaah Islam ditembak dalam masjid - The Blues

Berita Benar, Tepat dan Eklusif

15 March 2019

Tembakan rambang Christchurch: Jemaah Islam ditembak dalam masjid




CHRISTCHURCH: Insiden tembakan berlaku di dua masjid di bandar raya ini pada Jumaat, mengakibatkan ramai mangsa terbunuh.


Walaubagaimanapun Polis belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung insiden tersebut, Namun menasihatkan orang ramai di tengah Christchurch supaya tidak keluar rumah.

Menurut Seorang saksi berkata, Seorang lelaki telah dilihat memasuki Masjid Al Noor di tengah Christchurch kira-kira pukul 1.45 tengah hari waktu tempatan dan puluhan das tembakan dipercayai telah dilepaskan selepas itu.

Sejurus kemudian, orang ramai bertemparan lari keluar dari masjid dalam keadaan ketakutan.

Len Peneha, yang tinggal berjiran dengan masjid itu berkata, lelaki bersenjata itu menjatuhkan senjata yang beliau gunakan selepas keluar dari masjid sebelum berlalu pergi.

Peneha kemudiannya turut pergi ke masjid itu untuk menghulurkan bantuan.

"Saya lihat mayat di sana sini. Ada tiga di satu lorong, di pintu masuk masjid, dan di dalam masjid. Semacam tidak percaya ini boleh berlaku" .

'Saya tak faham bagaimana orang boleh melakukan sebegini kepada orang lain. Ia tidak masuk akal,' katanya.

Katanya lagi, dia membantu memberi rawatan kepada lima mangsa di rumahnya. Seorang daripadanya mengalami kecederaan ringan.

'Saya sudah lima tahun tinggal disebelah masjid ini. Penduduknya selama ini sangat baik, sangat peramah. Saya tak faham bagaimana ini boleh terjadi'

Kata Peneha, 'lelaki bersenjata itu berkulit putih dan memakai topi keledar yang mempunyai alat di atas kepala, seakan-akan seperti anggota militari'.

Laporan terbaru New Zealand Herald melaporkan terdapat kejadian tembakan kedua di satu masjid lain di bandar raya itu, iaitu di Masjid Linwood.

'Saksi memberitahu Herald, terdapat lima das tembakan dilepaskan dan seorang jemaah solat Jumaat dilihat turut membalas tembakan dengan menggunakan senapang.'

Pihak polis masih mengadakan siasatan bagi mengenal pasti angka korban sebenar.

'Dalam sejarah New Zealand, hanya terdapat sejumlah kecil kes tembakan berlaku di negara ini.'


*****
*Didoakan agar Negara kita Malaysia tidak berlaku kes seumpama ini dengan Kerjasama Dua Parti Melayu islam iaitu Parti Pas dan Parti Umno*.

No comments:

Post a Comment