![]() |
Arwah ditempatkan sementara di Rumah Mayat Hospital Sultanah Nurzahirah, Untuk dimandikan. |
"Jodoh!!!!
Walau digenggam kuat,
ia bukan milik kite, ia terlepas jua.
Walau ditolak ketepi, andai ia untuk kite, ia mendatang jua,”
Itu antara kata-kata Mohd Zulkifli bin Rusdi, posting dalam laman sosial Facebook (FB) pada 11:21 pagi sebelum mangsa maut 7 jam kemudian dalam kemalangan berdekatan Gong Badak, Kuala Nerus Terengganu.
Dalam kejadian lebih kurang jam 6.45 petang semlam, mangsa yang bekerja sebagai pengusaha bengkel kenderaan baru pulang dari Gua Musang kelantan dan Masih bercuti.
Arwah dikatakan mengalami kecederaan parah di kepala akibat terhumban dan maut di lokasi selepas merempuh sebuah kereta membuat pusingan U berhampiran Pasaraya Giant Gong Badak.
Difahamkan, mangsa baru mendirikan rumahtangga dan meninggalkan seorang balu.
Marilah semua pembaca agar dapat bersama sama Penulis untuk berdoa kepada Allah untuk kebaikan Arwah, Semoga beliau dimasukkan syurga tanpa hisab.
Beliau merupakan seorang Rakan Karib Penulis...
“Ya Allah ampunilah dia, kasihanilah dia, sejahterakanlah dia dan ampunilah dosa dan kesalahannya, hormatilah kedatangannya, dan Luaskanlah tempat tinggalnya, Bersihkanlah dia dengan air salji
dan embun.
Bersihkanlah dia daripada segala dosa sebagaimana kain putih yang bersih daripada segala kotoran, dan gantikanlah baginya rumah yang lebih baik daripada rumah yang dahulu, dan gantikanlah baginya ahli keluarga yang lebih baik daripada ahli keluarganya yang dahulu, dan peliharalah (hindarkanlah) dia daripada seksa kubur, dan azab api neraka.”
Amin Ya Rabb....
No comments:
Post a Comment