49 Saman Ubahsuai Lampu HID - The Blues

Berita Benar, Tepat dan Eklusif

21 March 2019

49 Saman Ubahsuai Lampu HID


Pemeriksaan kenderaan dalam Sekatan Jalan bersama Trafik PDRM dan Jabatan Pengangkutan Jalan. Foto ihsan JPJ Terengganu  


Kuala Terengganu, 20 Mac
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) , telah melakukan sekatan di Jalan Masjid Abidin berhampiran Terminal MBKT.

Sepanjang Dua Jam pemeriksaan yang dibuat bermula jam 8 malam semalam, Sebanyak 158 buah kenderaan telah diperiksa.

Fokus utama kepada sekatan Jalan tersebut adalah untuk mengambil tindakan kepada pemilik kenderaan yang melakukan kesalahan Ubahsuai Lampu HID.

Kaedah 96 Peraturan Kawal Selia terhadap lampu HID dikemaskini terakhir pada 19 Nov 2007. 
Kaedah 96 (2)(i) menyatakan

"sekiranya lampu HID digunakan, Pemasangan, Spesifikasi dan sistem lampu tersebut hendaklah mematuhi peraturan UNECE 48, UNECE 98 dan UNECE 99".

Tindakan yang dibuat adalah mengikut Kaedah 94 iaitu Kaedah-kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan dan Kegunaan) 1959

'Keadaan kenderaan bermotor yang digunakan di atas jalan raya dan semua bahagian dan aksesorinya hendaklah sentiasa tidak mengakibatkan atau mungkin mengakibatkan merbahaya pada orang di dalam kenderaan atau di atas jalanraya',

Kesalahan ini boleh didenda sehingga RM 2000 atau penjara bagi tempoh tidak lebih 6 bulan dibawah seskyen 119(1) APJ 1987.

Pemeriksaan terhadap kenderaan yang mengubahsuai/memasang lampu HID secara aksesori (retrofit) dengan

JPJ perlu mengeluarkan notis (PG1) iaitu notis Larangan Penggunaan Kenderaan di bawah Seksyen 59 APJ 1987. Lazimnya pemilik ada masa 10 hari untuk membetulkan kesalahan.



Tindakan Saman serta merta mula dibuat JPJ bermula bulan Disember 2008 terhadap pemilik kenderaan yang dikesan telah melakukan kelasahan.

Kebanyakannya menggunakan aksesori berjenama 'Ballast' semasa diperiksa.







No comments:

Post a Comment