Warta Kes Orang Dikehendaki~~polis buru pukul jpj - The Blues

Berita Benar, Tepat dan Eklusif

17 November 2016

Warta Kes Orang Dikehendaki~~polis buru pukul jpj




Ipoh 17 Nov 2016, Merujuk Kepada Keratan Akhbar Siaran 14 Disember 2012 Utusan Online Dan  Kemaskini Laman Facebook Rasmi JPJ , Satu Kes Jenayah Hampir 4 tahun lepas telah Dibuka dan diselesaikan dalam masa terdekat. Berikut petikan semula Laporan akhbar.

Polis buru suspek pukul anggota JPJ
Polis sedang mengesan seorang pemandu lori bagi membantu siasatan kes anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang cedera akibat dipukul dalam satu sekatan jalan raya di Kilometer 2, Jalan Sungkai-Slim River, 4 Disember lalu.
Ketua Polis Daerah Tapah, Supritendan D. Som Sak berkata, dalam kejadian pukul 9.50 pagi itu, pemandu lori tersebut, Mohamad Idris Din (gambar), 44, dikatakan enggan memberi kerjasama selepas dia ditahan atas kesalahan tayar botak.
Sebaliknya, lelaki itu bertindak agresif dengan memukul anggota JPJ terbabit menggunakan cop JPJ selain mengugut mereka dan merampas saman yang dikeluarkan sebelum melarikan diri.
Berikutan itu katanya, polis sedang mengesan Mohamad Idris untuk siasatan lanjut.
"Mohamad Idris dikesan beralamat terakhir di Ladang BMR Bahagian Kilang Baru, Kulim, Kedah dan dia dicari mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam,"
Diharapkan kes seumpama ini akan menjadi pengajaran kepada Pemandu Kenderaan Perdagangan Lain, Khususnya Pemandu Lori Yang Degil.

*Merujuk kepada Seksyen 56(4)(b)Akta Pengangkutan Jalan 1987, Suatu lesen Vokasional yang telah dikeluarkan Boleh Digantung/Dibatalkan. Langkah ini dikira bertepatan Untuk Pemandu seperti ini.

Tolong Viralkan

No comments:

Post a Comment