Operasi Lebih Muatan JPJ Terengganu - The Blues

Berita Benar, Tepat dan Eklusif

03 March 2019

Operasi Lebih Muatan JPJ Terengganu




KUALA TERENGGANU : Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) NEGERI TERENGGANU mengeluarkan 10 saman atas pelbagai kesalahan dalam operasi Lebih Muatan khas  sekitar Bandar Kuala Terengganu semalam.

Operasi selama lima jam bermula jam 8 pagi semalam itu yang turut menyaksikan beberapa kenderaan berat telah diambil tindakan.




Antara tindakan diambil termasuklah mengeluarkan notis untuk penentuan berat dibawah seksyen 82(1) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010. Lokasi diarahkan untuk penimbangan ialah di JPJ Negeri Terengganu.




“Operasi hari ini (semalam) disifatkan sebagai berjaya kerana hanya Dua kes lebih muatan berbanding sejumlah 50 lori di periksa". Operasi seperti ini diadakan sebanyak Lima hari setiap bulan, bertujuan menangani isu Lebih muatan bagi seluruh Negeri Terengganu. – Bosskull 

No comments:

Post a Comment