![]() |
Advance Driving |
HYDROPLANING
Hydroplaning berlaku apabila air yang terkumpul
pantas di hadapan tayar kenderaan anda mampu menolak keberatan kenderaan anda
terkeluar dari landasan/laluan asal di atas jalan. Tekanan air yang terbentuk
menyebabkan kenderaan anda terapung dan tergelincir di atas lapisan air yang
nipis diantara permukaan tayar kenderaan dan permukaan jalan.
MENCEGAH TERGELINCIR/TERBABAS (SKID)
Anda boleh mencegah terbabas/tergelincir dengan
cara pemanduan perlahan/sederhana dan berhati-hati ketika cuaca hujan,
terutamanya semasa melalui selekoh. kawal steering dan brek anda dengan
sentuhan lembut (light touch). Apabila anda perlu memberhenti/memperlahankan
kenderaan, jangan membrek secara mengejut/keras, kekalkan kawalan tekanan
ringan/sederhana pada pedal brek anda.
Jika anda terasa kenderaan mula tergelincir
(skid), jangan panik, lepaskan kaki anda dari padel minyak, kawal steering anda
dan bersedia untuk memusing dan memusing balas steering anda sehingga kenderaan
anda bergerak tegak. Bagi kenderaan yang tidak dilengkapi ABS, elakkan
menggunakan brek, manakala bagi kenderaan yang mempunyai ABS, kawal brek
mengikut keperluan.
Menghadapi HydroPlaning
Anda boleh mencegah hydroplaning dengan
memastikan tekanan angin pada tayar dipatuhi seperti yang ditetapkan, keadaan
bunga tayar yang baik dan jangan mengunakan tayar lama. Perlahankan kenderaan
bila jalan basah dan elakkan melanggar lopak/air bertakung. dan cuba memandu
dikedudukan sebelah kiri laluan tayar kenderaan di hadapan anda.
Jika anda terpaksa menghadapi hydroplaning,
jangan membrek atau memusingkan steering kenderaan anda secara
tiba-tiba/mengejut, ia boleh menyebabkan anda terbabas/tergelincir. Lepaskan
kaki anda dari padel minyak sehingga kenderaan perlahan sendiri dan anda akan
merasai semula sentuhan tayar dengan permukaan jalan. Sekiranya anda terpaksa
membrek, tekan/lepas brek anda berulang-ulang secara perlahan/lembut. sekiranya
kenderaan anda dilengkapi ABS, anda boleh membrek secara normal.
No comments:
Post a Comment