Mengikut Imam Dalam Solat Bahagian 2 - The Blues

Berita Benar, Tepat dan Eklusif

24 September 2016

Mengikut Imam Dalam Solat Bahagian 2

Pengajian Hadis: Sambungan  Tajuk  Mengikut Imam Dalam Solat.



عن أبي هريرة رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال :
“انما جعل الامام ليؤتم به ، فلا يختلفوا عليه ، فاذا كبر فكبروا ، واذا ركع فاركعوا ، واذا قال : سمع الله لمن حمده . فقولوا : ربنا لك الحمد ، وذا سجد فاسجدوا ، واذا صلى جالسا فصلوا جلوسا أجمعون”.
عن عائشة رضى الله عنها قالت : “صلى رسول الله صلى الله عليه وسلم في بيته وهو شاك فصلى جالسا ، وصلى وراءه قوم قياما فأشار اليهم : أن اجلسوا ، فلما انصرف قال : ” انما جعل الامام ليؤتم به ، فاذا ركع فاركعوا ، واذا رفع فارفعوا ، واذا قال : سمع الله لمن حمده ، فقولوا : ربنا ولك الحمد ، واذا صلى جالسا فصلوا جلوسا أجمعون”.
Ertinya:
Dari  Abu Hurairah r.a.,  Nabi s.a.w. bersabda:
Sesungguhnya dijadikan imam bagi kamu   supaya kamu  ikutinya, jangan   menyalahinya, apabila imam takbir barulah kamu takbir, bila imam ruku` barulah kamu ruku`, bila imam membaca سمع الله لمن حمده (Allah mendengar siapa yang memujiNya), hendaklah kamu kata; ربنا لك الحمد (Wahai Tuhan kami bagi Engkau segala pujian), apabila imam sujud hendaklah kamu sujud, sekiranya imam solat dengan duduk maka hendaklah kamu semua duduk”.
Dari A`ishah r. a. katanya:
Nabi s.a.w. telah mendirikan solat dirumahnya ketika baginda sakit dengan duduk,  orang ramai solat dibelakangnya dengan berdiri, baginda mengisyaratkan kepada mereka supaya duduk, selapas   solat Baginda bersabda: “Sesungguhnya dijadikan imam bagi kamu supaya kamu mengikutinya, bila dia ruku` hendaklah kamu ruku`, bila dia angkat dari ruku` maka hendaklah kamu angkat kepalamu, bila imam membaca  ) سمع الله لمن حمدهAllah mendengar siapa yang memujiNya), hendaklah kamu menjawab : ربنا ولك الحمد (Wahai Tuhan kami dan bagi Engkau segala pujian). Apabila imam solat duduk hendaklah kamu semua duduk bersamanya”.
Makna Ringkas:
Dalam kedua-dua hadis di atas menerangkan cara mengikut imam  ketika solat. Nabi s.a.w. menjelaskan tujuan dijadikan imam supaya kamu mengikutinya, janganlah kamu kerjakan bersalahan denganya, hendaklah menjaga setiap gerak geri kamu dengan sempurna. Bila imam takbir al-ihram baru kamu takir, bila imam ruku` barulah ruku`, bila imam mengingatkan kamu Dia(Allah)   mendengar siapa yang memujiNya,  hendaklah kamu memujiNya (ربنا ولك الحمد) ,  apabila imam sujud hendaklah kamu ikutinya dengan sujud, apabila imam solat  cara duduk kerana dia lemah berdiri atau sakit maka hendaklah kamu duduk bersamanya walaupun kamu mampu berdiri.
A`ishah telah memberitahu bahawa Nabi s.a.w. mengadu sakit maka dengan sebab itu Baginda solat  cara duduk, sahabatnya menyangka bahawa mereka tidak ada uzur dan mampu berdiri lalu mereka solat berdiri di belakangnya, lepas itu Baginda  s.a.w  memberi isyarat agar mereka semua duduk.
Sebaik sahaja selesai solat Baginda s.a.w. memberitahu mereka supaya jangan mendirikan solat berlainan dengan imam, hendaklah mereka mengikut imam barulah menepati dengan konsep mengikut imam, makmun hendaklah solat dengan duduk walau pun mereka mampu berdiri ketika mereka mengikut imam yang tidak mampu berdiri seperti sakit.
PERBEZAAN PANDANGAN DI KALANGAN ULAMAK:
Ulamak berbeza pandangan tentang sah atau tidak makmum solat fardu dibelakang imam  yang solat sunat. Menurut pandangan Imam Malik. Hanapi dan termasyhur dikalangan Mazhab Hambali ialah tidak sah hukumnya berdasarkan hadith yang kita bincangkan, Sesunguhnya dijadikan imam ialah dikutinya dan jangan kamu kerjakan berlainan dengannya”.
Makmum yang mengerjakan solat fardu sedang imam mengerjakan solat sunat adalah bercanggah antara mereka berdua  semasa NIAT, ini adalah perbezaan yang amat ketara kerana niat sebagai penentu sah atau sebaliknya dalam setiap amalan.
Menurut pandangan Imam Syafi`e, Auza`i dan Tabari hukumnya adalah sah berimam solat fardu dengan imam solat sunat, adalah berdasarkan riwayat yang lain dari Imam Ahmad dan disokong oleh Ibnu Qudamah, Ibnu Taimiyyah, Ibnu Qaiyim di mana mereka beralasan dengan hadis yang diriwayatkan oleh Mu`az, maksud hadis: “Mu`az telah solat dengan Nabi s.a.w. kemudian pulang ke kampungnya lalu solat kali kedua(sunat) dengan kaumnya”.
Dalil  yang lain ialah, Bahawa Nabi s.a.w. telah solat dengan sekumpulan tenteranya ketika solat khauf(solat dalam peperangan) dua rakaat lalu memberi salam, kemudian Baginda ulang solat yang sama dengan kelumpuk yang kedua. Riwayat Abu Daud. Solat kedua yang baginda kerjakan ialah solat sunat. Oleh itu, yang dimaksudkan jangan kamuBERSALAHAN dengan imam ialah solat itu sendiri seperti solah jenazah dengan solat biasa.
Ulamak juga berbeza pandangan tentang hukum solat makmun yang duduk sedang mereka mampu berdiri  dibelakang  imam solat duduk.:
Mengikut pandangan al-Dzahiri, Auzai`, Ishak,  ialah makmum hendaklah solat duduk dibelakang imam yang duduk walaupun mereka mampu berdiri, mereka berdalilkan hadis yang sedang kita bincangkan.
Menurut Imam Abu Hanifah, Syafi`e dan lain-lain ialah tidak harus makmum yang mampu berdiri solat duduk dibelakang  imam yang duduk. Mereka beralasan bahawa Nabi s.a.w. mengimamkan solat dengan sahabat ketika baginda sakit dengan duduk, manakala Abu Bakar dan jamaah lain solat berdiri” Hadith Muttafaq alaih.
Adapun Jawapan   yang mengatakan sah mengikut   imam yang duduk oleh makmum yang berdiri:
Pertama: Maksud hadith yang sedang dibincangkan ini telah dimansukhkan dengan hadis dimana orang ramai telah solat bersama dengan Nabi s.a.w. semasa baginda duduk sedangkan makkmum berdiri, tetapi Nabi s.a.w. tidak menyuruh makmum supaya duduk. Jawapan ini difahami oleh Imam Shafi`e dan yang berpandangan sama dengannya.
Pandangan ini telah dibantah oleh Imam  Ahmad,  bahawa “Naskhah” asalnya tidak berlaku antara beberapa nas syarak selagi boleh dihimpunkan keduanyanya, oleh itu haruslah dikembalikan kepadanya walau pun berbeza.
Kedua: Berdasarkan mereka yang memahami bahawa hadis yang sedang dibicarakan, adalah suatu kes khas kepada Nabi s.a.w. sahaja ketika baginda mengimamkan jamaah cara duduk kerana baginda sakit, oleh itu tidaklah boleh dimalkan oleh orang lain. Jawapan ini disetujui oleh Imam Malik dan jamaah yang mengikutinya.
Pandangan yang menyatakan kedaan ini adalah khas bagi Nabi sa.w. sahaja berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Sya`bi dari Jabir, hadith marfu` :
“لا يؤمن أحد بعدي جالسا”.
Ertinya: “Janganlah sesaorang dari kamu menjadi imam selepas aku  dengan duduk”.
Ulamak cuba mendekatkan fahaman dan amalan menurut hadith-hadith yang nampak semacam bercanggah antaranya, Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Usaid bin Hudzair setelah beliau mengimamkan jamaahnya, selepas itu Nabi s.a.w. telah melawat mereka, lalu  anak jamaahnya  bertanya kepada Baginda s.a.w.; “Wahai Rasul Allah, sesungguhnya imam kami sakit. Jawab Baginda s.a.w. , Jika dia solat duduk hendaklah kamu juga solat duduk”.
Imam Ahmad memberi pandangan untuk mendekatkan kedua hadis  ini,:
Jika imam yang mengimami jamaah secara berdiri kemudian dipertengahan solat dia duduk  wajib kamu selesaikan solat kamu dengan berdiri, berdasarkan makna hadis yang menyatakan bahawa Abu Bakar dan sahabat semasa Baginda sakit yang membawa    kewafatan baginda.
Jika imam terus duduk dipermulaan solatnya, digalakkan kamu   duduk solat bersamanya, berdasarkan kedua-dua hadith yang kita bincangkan, ini adalah cara terbaik untuk memahami dan kerjakan antara hadih saheh yang wjud percanggahan. Tidak syak lagi bahawa jika dapat menghimpunkan antara nas-nas yang bercanggah   adalah lebih utama daripada menasakh atau mengubahnya, pandangan ini juga dikuatkan dengan pandangan al-Hafiz Ibnu Hajar r..a.
والله أعلم بالصواب.
Bahan Bacaan:
ابن صالح أل بسام ، تيسير العلام ، جزء الاول ، دار اولى النهى ، بيروت ، 1994 ه ، هلامن.169 .

No comments:

Post a Comment